Monday, September 27, 2010

Buttercream Vs Chocolate Ganache

Setelah sekian lama rasanya saya tidak bermain dengan buttercream...apabila saya menerima tempahan kek ini, berbungalah hati saya..tambahan pulak, pelanggan saya telah memberikan kebebasan untuk menentukan jenis kek, toppingnya dan juga rekaannya...hanya diberitahu sebiji kek adalah untuk jamuan hari lahir, sebijik lagi untuk jamuan hari raya manakala sebiji lagi bebas.... maka dengan excitednya saya telahpun berkira-kira untuk membuat sebijik kek coklat dgn ganache...2 bijik kek strawberry pudding dengan buttercream.....

juga telah termimpi-mimpi design kek yg simple...al-maklumlah nie kiranya kek buttercream pertama setelah lama saya berehat sebelum nie...lagipun, saya banyak menerima tempahan kek chocolate ganache...Terima kasih diucapkan kepada Pn. Wani untuk tempahan ini yang merupakan pelanggan tetap saya...

Terima kasih saya ucapkan kepada pn aieda untuk tempahan ini. CMC with ganache topping...Kek ini untuk birthday anaknya adam baihagi untuk dibawa ke tadika beliau...maaflah yeah....mula-mula kek ini kurang ceria & serinya...selepas ditambah dengan coklat skittle, maka terserlah kek ini untuk kanak-kanak....saya dimaklumkan yang kek ini licin sekelip mata sahaja...

No comments:

Post a Comment