Thursday, September 30, 2010

more CMC


ribuan terima kasih to a friend of my sis yang order CMC ini...dia mahukan design yang simple je...ini merupakan order kedua drpd beliau...thank u very much....

cream puff, esclair & bread pudding with vanilla sauce

bread pudding with vanilla sauce

cream puff and chocolate esclair

melihat tajuk sudah tahu apa entry kali ini...sudah agak lama juga saya tidak membuat cream puff and chocolate esclair apatah lagi bread pudding & vanilla sauce...jadi apabila saya mendapat tahu akan permintaan ini, gelisah dan risau kerana takut tidak "jadi"..''' alhamdullilah akhirnya semua berjalan lancar...

Monday, September 27, 2010

Buttercream Vs Chocolate Ganache

Setelah sekian lama rasanya saya tidak bermain dengan buttercream...apabila saya menerima tempahan kek ini, berbungalah hati saya..tambahan pulak, pelanggan saya telah memberikan kebebasan untuk menentukan jenis kek, toppingnya dan juga rekaannya...hanya diberitahu sebiji kek adalah untuk jamuan hari lahir, sebijik lagi untuk jamuan hari raya manakala sebiji lagi bebas.... maka dengan excitednya saya telahpun berkira-kira untuk membuat sebijik kek coklat dgn ganache...2 bijik kek strawberry pudding dengan buttercream.....

juga telah termimpi-mimpi design kek yg simple...al-maklumlah nie kiranya kek buttercream pertama setelah lama saya berehat sebelum nie...lagipun, saya banyak menerima tempahan kek chocolate ganache...Terima kasih diucapkan kepada Pn. Wani untuk tempahan ini yang merupakan pelanggan tetap saya...

Terima kasih saya ucapkan kepada pn aieda untuk tempahan ini. CMC with ganache topping...Kek ini untuk birthday anaknya adam baihagi untuk dibawa ke tadika beliau...maaflah yeah....mula-mula kek ini kurang ceria & serinya...selepas ditambah dengan coklat skittle, maka terserlah kek ini untuk kanak-kanak....saya dimaklumkan yang kek ini licin sekelip mata sahaja...

Monday, September 20, 2010

Chocolate bar for Harris




Many thank to Pn. rina for her order. 100Pcs chocolate bar with harris photo wrappers and also chocolate chips cookies for his birthday party...
Sorry rina, i forgot to take photos of your chocolate chip cookies and personalised warpper chocolate bar....
Jika anda nak order chocolate bar+ wrappers seperti ini, hubungi saya di talian : 019-3766414 / 012-6752864....
@ wrapper sahaja...sila call saya...
coming soon...wrapper untuk saiz yang lebih besar....

sudah ada tapi belum berkesempatan untuk upload di dalam blog...


Sunday, September 19, 2010

Sepanjang ramadan yang lalu.

ramadan berlalu....syawal menjelma...diam x diam dah 10 syawal hari ini...sepanjang ramadan yang lalu saya busy dengan tempahan chocolate chip, makmur, semparit & mazola...juga atas permintaan pelanggan yang lama kek lapis chocolate cheese & batik kenyalang...di dalam kelam-kabut memenuhi tempahan pelanggan, saya terlupa nak snap photo biskut raya..

juga tidak lupa kek kukus yang saya buat ialah kek holiday inn dan kek lumut...saya hanya sempat merakamkan gambar kek holiday inn tetapi apabila nak snap gambar untuk kek lumut, battery low...langsung terlupa nak snap gambar kek lumut...

kek holiday inn..