Thursday, December 30, 2010

Homemade Pretzel....


Kiranya sudah agak lama saya tidak membuat roti apatah lagi pretzel...hujung minggu yang lalu saya telah berkesempatan untuk membuat pretzel...so malam itu, mkn malam kami hanya pretzel yang panas...makan sambil menonton perlawanan bola Piala Suzuki Malaysia lawan Indonesia...


Sunday, December 26, 2010

My Fisrt Baking .......and Happy B'day Ainun !!


CMC flowery cake for Ainun Birthday...harap cake ini memenuhi citarasa semua...

juga on weekend, saya telah membuat & membakar almond sugee cake...sudah agak lama saya tidak membuat cake in rasanya hampir 10 thn lbh lamanya....sebenarnya cake ini my mother request dan sudah lama beliau ingin memakannya...rasanya sebelum saya bersalin lg. beliau telah membeli tpg suji tersebut..nasib baiklah umurnya masih panjang dan boleh menunggu untuk merasanya...maaf ya mama,,, sebelum ini anakmu ni bz..nie ada free time bolehlah membuatnya... almond sugee cake ini merupakan antara kek terawal yang saya pelajari dan membuatnya...

masih saya ingat lagi, saya mula berminat membaking ini ketika saya berusia 9 tahun...di ketika itu saya bersekolah di Armidale City Public School di Australia. di sana ketika usia muda telah di ajar memasak,membaking & membuat craft..inilah subject yang paling saya gemari...i remember the first cake that i bake was vanilla cupcakes..and later we decorate it. mine was called butterfly cupcakes. dan sugee almond cake was the fourth cake i bake later on selepas chocolate cake and orange butter cake...di sinilah saya mula jatuh cinta dengan baking and decorating cake..there's no turning back for me....

so image, the recipe i had for sugee almond cake sudah lebih 20 years..dan kini selepas lbh 10 tahun saya membuat dan membakarnya semula..






Monday, December 20, 2010

Baking Semula..??

Mmmm setelah hampir sebulan menyepikan diri dari membaking, minggu ini bermula kembali dengan semangat waja.......
Bermula dengan tempahan hantaran wahida & adiknya dan juga kek kawin mereka. diikuti dengan high tea my sis office dan juga tempahan cuppies dari ofc mate, kak needa....

I think I lost my touch on the kek hantaran for izhmi & pasangan..kek CMC strawberry...maybe coz dah lama 'bercuti'..but i try my best to do as nice as possible...warnanya tema red&black but i have to add white so that i look more 'berseri'..kalau tidak nampak malap sangat...
as for wahida, strawberry cheesecake for hantaran. as for the wedding cake, a seldom type of cake for a wedding cakes chosen by the couples was blueberry cheesecake.... this wedding cake was brought all the way from shah alam to taman kemuning, senawang by my dear sister......i hope they enjoy the cake.. i am sorry there was a bit kecacatan due to the long journey transporting the cake.. but still presentable...but since the cake was in the hurry to be transported to senawang, i did not get the chance to take the photo..but i hope i will received the photo from the newly wed couple soon. but the cake looked something like the cake i used to do before with a different design on the side...
as for my sis high tea, i did mini oreo cheesecake & chocolate cuppies for her...i received an overwhelming compliment for these cakes..


2 set of liverpool birthday cuppies for kak needa from my ofcmate for her son & nephew birthday..1 set a flavour of chocolate and another set was vanilla flavour. I hope they enjoy their cakes..
thanks to all of my customers....

Wednesday, December 15, 2010

Kenapa blog ini sunyi sepi seketika??

Sudah agak lama blog ini meyepikan diri...hilang dengan tiba-tiba...ya sungguh saya menutup tempahan agak lama kerana pulang ke rumah mentua di kuching, sarawak...namun begitu, saya masih juga sempat menyediakan lebih 200 kpg chocolate bar & cupcakes untuk kenduri abang iparku....ampun maaf yeah, gambar terlupa nak snap kerana kesibukan menyiapkan cuppies tersebut dan al-maklumlah bibik pulang bercuti ke kampung halaman ....namun saya sempat meraikan sambutan hari lahir anak saya aliah yang jatuh pada 16hb November 2010, sehari before aidil adha...kerana busy saya mengambil keputusan untuk membeli aje birthday cakenya...my favourite cake and i'm sure many people like it too... black forest cake....but sorry to say i was quide disappointed ...the taste was not to my standard..al-maklumlah buat sendiri lagi sedap ya....but i promise to my daughter next year mama watkan kek yang sedap, lazat & cantik for her and the sister...

dan sekembalinya saya semula ke sini, saya telah diuji oleh Yang Maha Kuasa...di mana kedua-dua anak saya, aliah & iman telah dimasukkan ke KPJ Selangor hampir 2 minggu, 12 hari to be exact, due to brochitis & rotavirus for iman and rotavirus for aliah pada 1 disember 2010...ya allah tuhan saja yang tahu perasaan seorang ibu ketika itu..tambahan pula bibik ku masih lagi tidak pulang2....entah2 balik terus...waduh3X.....BIKIN PUTAR KEPALAKU....
time bab bagi gas nie ambil gambar baru duduk diam
time nie tengah comfort my son
namun alhamdullilah...kini mereka telah sihat waafiat....dannn bolehlah mamanya dengan senang hati membaking & menyediakan kek perkhawinan Wahida pd hujung minggu nanti..Beliau telah menempah kek khawin & hantaran beliau lbh sebulan yang lalu sebelum saya pulang ke kuching...i am looking forward to this.....

Tuesday, November 30, 2010

Bread Pudding with vanilla sauce & cuppies for ninie




sebelum saya menutup tempahan pada 13 November 2010 yg lalu, saya menerima tempahan ninie ...di hantar ke pejabatnya di bukit aman... delivery dibuat oleh ayahandaku....thanks to my dad yg sudi mendrive ke sana...hopefully tempahan ini memehuni citarasa beliau...and hope to receive your order again...

Monday, November 8, 2010

NO 4 for nurin qiestina qaisara & cuppies Bibie

hujung minggu lalu tempahan yang diterima adalah tempahan ini.... CMC no 4 dgn Ben 10 edible utk nurin qiestina qaisara..mula2 rasa kekok jugak yelah namanya pun perempuan tetapi karektor yang dipilih Ben 10..biasanya Ben 10 nie utk boy....termenung seketika saya ketika hendak mendeko kek ini.....jika diletak bunga mungkin anak ini tidak berapa minat...maka saya membuat konklusi untuk meletak kegemaran kanak-kanak....apalagi jika bukan ....coklat....saya juga hanya menggunakan kombinasi warna putih....supaya nampak chocolatey.....



juga tidak dilupakan tempahan bibie...edible cuppies sempena ulang tahun perkhawinannya yang pertama....

thank you to all yang order..semoga semuanya berpuashati...

Saturday, November 6, 2010

cmc photo cake for nina & aliah




i made this cake for my daugther's birthday, nina & aliah...simply because they like this type of cake...maybe next year I will make a very grand cake for them....
thus, this was the first edible photo that we print by ourselves..well, actual by my dear hubby...he is still learning to use the software and to get himself familiar with it....

Sunday, October 31, 2010

Pink Wedding Cake

sudah agak lama saya tidak menerima tempahan wedding cake kerana saya terpaksa menolak tempahan wedding cake bulan june lalu disebabkan cuti bersalin...saya kira nielah wedding cake pertama saya sejak mula mengambil semula tempahan selepas cuti bersalin...
warna pink sungguh sweet....agak gementar juga apabila membuat kek ini...namun alhamdullilah, semuanya berjalan lancar..kepada anne (kakak kepada pengantin) yang menempah kek ini ribuan terima kasih..ada chance boleh tempah lagi...

Thursday, October 28, 2010

Kek Lumut & bread & butter peaches pudding

kek lumut
Jika en3 yg lalu saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kek ini...manakala cubaan kali ke2 nie saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambarnya...ternyata kek ini sangat sedap...warnanya yang kehijauan sangat menarik perhatian...saya mengukus kek ini hampir 4 jam lamanya...

bread & Butter pudding

juga hujung minggu yang lalu saya membuat bread & butter pudding..kerana kasihan dengan leftover roti yang banyak di dalam peti sejuk...daripada rosak, i decided to this bread pudding...but this time i did not do the vanilla sauce as i have the attention of pouring the peach & the syrup on the bread pudding....i did it in 2 pans..i brought to my ofc and 1 is for home....


Monday, October 25, 2010

strawberry cheesecake, CMC & mix football club cuppies


jumaat yang lalu tempahan ini diterima daripada Pn. Aida for her daughter's birthday. strawberry cheesecake dan juga CMC with simple design...juga last minute order drpd my office mate, amelia...mix football club cuppies...vanilla flavor...
thanks all for the order...

Thursday, October 21, 2010

blueberry cheese cake & novelty cake

sudah agak lama juga saya tidak menerima tempahan novelty cake menggunakan buttercream...kek ini tempahan hana untuk hari lahir anaknya yang pertama., qalish...

Tuesday, October 19, 2010

Annoucement....

Dear customers...

We are expanding our business by providing you more pick up points available in your nearby area....

Therefore, Pick up point is now available in :

Putrajaya Precint 9 (weekdays) 9am - 5.30pm
(weekend) additional RM 10.00

BK5 Bandar Kinrara (weekdays) 9am - 5pm
(weekend) additional RM 10.00

Shah Alam Seksyen 27 (weekdays & weekend)

Taman Pinggiran USJ (weekdays) after 8.30pm
(weekend)

Klang Centro (weekday only)

Please call to arrange your pick up.

However, delivery services can be arrange and charges will be imposed.

Sunday, October 17, 2010

Minggu yang busy.....


high tea menu...

tempahan yat

tempahan shaima


Minggu yang lepas saya agak busy dengan tempahan. bermula dari tempahan shaima, my ofc mate blueberry cheesecake and CMC chocolate ganache yang diambil pada hari jumaat..tempahan kek hari jadi anak yat from http://huneyhubby.blogspot.com/ dan juga caterer untuk VVIP high tea function di PJ....kedua-duanya diperlukan pada hari dan masa yang sama....

menu hi-tea function, cheesecake with blueberry topping, CMC with straberry topping, chocolate esclair, brownies, blueberry cheesetarts and fruit tarts and last but not least.. baked macaroni cheese...ada yang sempat diambil gambar dan ada yang x sempat nak ambil gambar kerana battery low..time2 nielah pulak...:-(

Rasanya 3 mlm jugalah tidak cukup tido melakukan persiapan untuk menyediakan semua ini...
dah alhamdullilah, akhirnya kek hari jadi dan catering high-tea tersebut telah selamat sampai ke destinasi masing-masing...walaupun letih & penat, tetapi apabila telah semua siap terasa lega dan amat puas hati...diharapkan semua tempahan tersebut memenuhi citarasa masing-masing....

thanks to all yang menjayakan misi saya kali ini,,, my hubby tolong jaga anak2....my dear sis & my bibik yang penat mengemas setelah semuanya selesai..

to my dear customers...thank you for your order and hope to receive more order from you in the future...
kepada customer yang terpaksa ditolak tempahannya harap maaf ya....telah penuh...insyallah ada rezeki next time...

layanzzz gambar ok...

Saturday, October 9, 2010



thank you from nana, yang order 50pcs cuppies sebagai doorgift untuk majlis aqiqah anak buah beliau, QISHA...
untuk tempahan ini saya menggunakan kombinasi warna pink,hijau, biru, kuning dan purple...kombinasi warna girly...cuppies disimpan ke dalam kotak...



terima kasih juga kepada kak murni yang order kek ini untuk hari lahir anaknya...CMC dgn chocolate ganache....

Thursday, October 7, 2010

tempahan hujung minngu






tempahan ini saya terima daripada teman sepejabat, kak zaharah...birthday cake untuk anak kesayangan beliau, kek strawberry dengan power puff girl. juga untuk di bawa ke sekolah.

yang nie pulak kek CMC with a basket of strawberry...juga tempahan dari kak zaharah..

macam-macam ada

kek lapis muhibbah yang telah dipotong
blueberry cheese tarts, kek lapis muhibbah & pecan brownies for my hubby hari raya potluck
Adhoc order from my ofc mate for her daugther....cmc with edible image

Thursday, September 30, 2010

more CMC


ribuan terima kasih to a friend of my sis yang order CMC ini...dia mahukan design yang simple je...ini merupakan order kedua drpd beliau...thank u very much....

cream puff, esclair & bread pudding with vanilla sauce

bread pudding with vanilla sauce

cream puff and chocolate esclair

melihat tajuk sudah tahu apa entry kali ini...sudah agak lama juga saya tidak membuat cream puff and chocolate esclair apatah lagi bread pudding & vanilla sauce...jadi apabila saya mendapat tahu akan permintaan ini, gelisah dan risau kerana takut tidak "jadi"..''' alhamdullilah akhirnya semua berjalan lancar...